Facebook Live : Penipuan Kewangan
8 November 2020 | Aktiviti TerkiniDengan pandemik Covid 19 yang masih lagi melanda, pihak Pusat Internet Komuniti mengambil langkah untuk menyampaikan advokasi ataupun kelas melalui Facebook Live untuk kebaikan bersama. Hal ini kerana SOP masih menegaskan bahawa perlu ada penjarakan sosial antara orang awam. Oleh itu, Facebook Live adalah antara platform sesuai untuk menyampaikan advokasi dan kelas untuk orang ramai.
Antara isu yang dibincang pada sesi advokasi kali ini adalah Penipuan kewangan. Isu ini tidak asing lagi dalam masyarakat Malaysia kerana hampir setiap hari kita mendengar laporan di akhbar berkaitan penipuan kewangan. Antara medium yang selalu digunakan adalah melalui panggilan telefon, email, internet phishing dan banyak lagi. Antara perkara yang dikongsi adalah bagaimana modus operandi penipuan kewangan ini berlaku. Pelbagai cara mereka gunakan seperti menyamar sebagai badan berkuatkuasa, pihak mahkamah untuk menipu mangsa. Oleh itu, masyarakat perlu diberi kesedaran mengenai isu ini tidak kira latar belakang untuk kebaikan bersama.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: